Parlimen: Kerajaan berusaha kembalikan imej Malaysia yang berintegriti - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan berusaha kembalikan imej Malaysia yang berintegriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menjalankan usaha untuk menentukan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti dikembalikan, malah menjadi lebih baik sekarang dan pada masa hadapan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak menjadi kerajaan Mei lepas, pelbagai langkah telah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan integriti dan governans negara.

“Sejak ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) berkenaan usaha kerajaan untuk mengubah imej Malaysia daripada sebuah negara kleptokrasi sebelum ini kepada negara yang berintegriti. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, antara usaha ini termasuk penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun lepas yang berfungsi memantau pelaksanaan program-program berkaitan secara berterusan supaya keberkesanannya dapat dilihat oleh rakyat. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini