Parlimen: ECRL diteruskan pada skala sesuai - PM - Utusan Malaysia

Parlimen: ECRL diteruskan pada skala sesuai – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.

Beliau memberi bayangan proses rundingan itu akan mengambil sedikit masa lagi.

“Kerajaan telah melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula ECRL dengan China supaya penyelesaian ‘win-win’ dapat diperoleh. Hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan sedikit masa lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang yang tinggi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai status terkini projek ECRL dan sama ada kerajaan akan meneruskan projek berkenaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini