TBILISI 19 Mac – Paris dan Hong Kong buat pertama kali menyertai Singapura sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami.
Paris menyertai Singapura dan Hong Kong sebagai bandar paling mahal di dunia. – AGENSI
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 133 bandar, Zurich, Geneva dan Osaka di Jepun saling mengikut rapat untuk menjadi antara bandar raya paling mahal untuk diduduki dengan kedudukan Istanbul dan Moscow pula semakin menurun berikutan masalah inflasi dan kemerosotan kadar pertukaran mata wang asing.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penulis kajian, Roxana Slavcheva berkata, ia merupakan pertama kali dalam tempoh lebih 30 tahun untuk menyaksikan ketiga-tiga bandar tersebut berkongsi satu kedudukan yang sama. – AGENSI











