Pandelela, Jun Hoong ketuai calon Atlet Terbaik SAM - Utusan Malaysia

Pandelela, Jun Hoong ketuai calon Atlet Terbaik SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac 2019 – Dua bintang terjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong bakal mengetuai lima calon akhir untuk merebut Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM)–100Plus 2018.

Persaingan kali ini bagaimanapun sengit kerana Pandelela dan Jung Hoong bakal bersaing dengan nama-nama besar yang memiliki kejayaan di peringkat dunia.

Kejayaan meraih pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast dalam acara 10 meter platform seirama, selain empat pingat Siri Terjun Dunia meletakkan Pandelela dan Jun Hoong sebagai calon utama anugerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun bintang boling sensasi, Muhd. Rafiq Ismail mampu memberi cabaran sengit ekoran kecemerlangan yang ditampilkan sepanjang tahun lalu.

Rafiq mencipta sejarah muncul pemain lelaki Malaysia pertama merangkul kejuaraan Masters dalam Sukan Asia di Palembang, Indonesia, selain meraih perak trio bergandingan dengan Ahmad Muaz Mohd. Fishol dan Timmy Tan dalam Sukan Asia Indonesia.

Kejayaannya bagaimanapun tidak terhenti di situ. Dia kemudian memahat satu lagi sejarah apabila menamatkan penantian 39 tahun Malaysia dengan merangkul gelaran Boling Dunia di Hong Kong dalam saingan perseorangan.

Sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap 100Plus, jenama minuman isotonik No. 1 negara, SAM turut memperkenalkan Anugerah Khas Penyokong 100PLUS.

Anugerah ini memberi peluang kepada peminat sukan di Malaysia untuk menjadi juri bagi menentukan sipakan yang layak menerima anugerah khas tersebut.

Seramai 15 calon telah disenaraikan melibatkan atlet individu atau pasukan kebangsaan yang telah mempamer aksi cemerlang sepanjang 2018.

Peminat hanya perlu lawati laman sosial facebook 100PLUS, https://www.facebook.com/my100plus/ untuk mengundi di atas talian sekaligus menentukan siapakah pemenang tersebut. Undian akan bemula dari 25 Mac 2019 dan ditutup pada 7 April 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini