BANGKOK 27 Mac – Parti protentera, Palang Pracharat, mendakwa sedang berunding dengan beberapa parti untuk membentuk gabungan yang stabil tetapi tidak tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan baharu Thailand. Pemimpin parti itu, Uttama Savanayana, bagaimanapun, enggan mendedahkan parti yang terlibat dalam rundingan itu serta jumlah kerusi yang disasarkan untuk dicapai. Beliau berkata ‘masih ada banyak masa’ untuk proses rundingan kerana keputusan rasmi pilihan raya umum hanya akan diumumkan pada 9 Mei ini. “Kami sedang berbincang…










