Pakistan selamatkan empat askar Iran - Utusan Malaysia

Pakistan selamatkan empat askar Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 21 Mac – Pakistan menyelamatkan empat askar Iran yang ditahan kumpulan militan di bahagian barat daya negara itu, baru-baru ini.

Tentera dalam kenyataan hari ini memberitahu, operasi menyelamat dijalankan dalam daerah Chaghi di Wilayah Balochistan yang berdekatan dengan sempadan Afghanistan.

“Pengganas dilaporkan memasuki Pakistan dari Afghanistan disamping askar Iran yang diculik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas berbalas tembakan, empat askar Iran itu dapat diselamatkan,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan bila operasi dilakukan dan nama kumpulan yang terlibat dengan penculikan berkenaan.

Hubungan Pakistan dan Iran kebelakangan ini mengalami keregangan lagi apabila Tehran menyatakan serangan bunuh diri dilakukan pengebom bunuh diri Pakistan mengorbankan 27 Pengawal Revolusi di tenggara pada Februari tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini