PETALING JAYA 21 Mac – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas seorang penganggur warga Myanmar atas kesalahan cuba memegang seorang pelajar wanita sambil menyebut perkataan lucah. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Tual Suan Khual, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan dengan tujuan untuk mengganggu kesantunan pelajar kolej warga Turkmenistan berusia 23 tahun itu dengan cuba memegangnya sambil…










