Ospina alami kecederaan kepala - Utusan Malaysia

Ospina alami kecederaan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPOLI 18 Mac – Penjaga gawang Arsenal yang dipinjamkan ke Napoli, David Ospina dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kepala semasa beraksi menentang Udinese dalam saingan Serie A.

Kejadian itu berpunca pada awal perlawanan yang menyaksikan dia cuba menyelamatkan hantaran silang rendah sebelum berlaga dengan penyerang Udinese, Ignacio Pussetto pada minit ketujuh.

Ospina bagaimanapun meneruskan permainan selama hampir setengah jam sebelum tumbang pada minit ke-44 dan memaksa kakitangan perubatan untuk masuk ke dalam padang bagi memberikan rawatan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas rawatan awal diberikan, kakitangan fisiologi bertindak membalut kepalanya sebelum menghantarnya ke hospital bagi rawatan susulan.

“Dia bukannya tidak sedar cuma ia kesan daripada trauma di bahagian kepala.

“Hasil imbasan di kepala tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius. Ospina akan dihantar ke Klinik Pineta Grande dan akan dipantau untuk tempoh 24 jam berikutnya,” kata Napoli dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Carlo Ancelotti juga menyokong tindakan yang dilakukan kelab itu dan berharap tiada sebarang masalah serius berlaku.

“Doktor akan memantaunya secara rapi. Kami percaya dengan penilaian Dr. De Nicola yang menyelamatkannya.

“Tiada apa yang serius, hasil ujian juga negatif. Dia akan berada di hospital malam ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini