HARI ini, perkara yang ditakuti oleh kira-kira 22 penyewa-penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di Pulau Pinang akhirnya berlaku. Rumah yang didiami mereka disita dan dikunci oleh Bahagian Perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana didapati melanggar pelbagai syarat yang ditetapkan. Sebelum ini, penyewa dikatakan telah diberikan notis pengosongan pada Oktober tahun lalu, namun kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh untuk mereka mengosongkan unit masing-masing hari ini. Di pihak…










