Operasi terakhir hapus Daesh, 630 terbunuh - Utusan Malaysia

Operasi terakhir hapus Daesh, 630 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 23 Mac – Lebih 630 orang awam terbunuh dalam tempoh enam bulan ini susulan operasi menghapuskan saki baki kumpulan militan Daesh yang berjaya dilakukan sepenuhnya oleh tentera Syria dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, penduduk awam yang terbunuh, antara mereka adalah ahli keluarga pejuang Daesh, termasuk 209 kanak-kanak dan 157 wanita.

Tentera Demokratik Syria (SDF) melancarkan serangan terhadap kubu terakhir Daesh di Lembah Euphrates sejak 10 September lalu, selain menawan bandar demi bandar sebelum akhirnya mengumumkan kejayaan menghapuskan Daesh di perkampungan Baghouz hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemerhati dari Britain memaklumkan, operasi itu mengorbankan 730 anggota SDF manakala 1,600 anggota militan Daesh turut terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini