Operasi feri ke Langkawi 21 hingga 23 Mac dibatalkan - Utusan Malaysia

Operasi feri ke Langkawi 21 hingga 23 Mac dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Jadual waktu perjalanan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pada 21 hingga 23 Mac ini dibatalkan susulan paras air laut yang surut di bawah 0.5 meter di laluan masuk dan keluar feri. 

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan (B) Baharin Baharom berkata, pembatalan melibatkan tiga waktu perjalanan iaitu pada pukul 7.30 pagi, 8 pagi dan 9 pagi bagi ketiga-tiga tarikh tersebut. 

“Air surut ini berlaku mengikut musim sehingga menampakkan permukaan muara sungai yang menyebabkan feri sukar untuk lalu dan menghampiri jeti. Sekirannya paras air laut surut, ia boleh menyebabkan feri ‘tersangkut’ untuk lalu dan terkandas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, katanya atas dasar keperihatinan syarikat, sebuah feri ihsan akan disediakan pada pukul 8.30 pagi menggunakan feri yang boleh lalu di atas lumpur, supaya penumpang tidak menunggu terlalu lama di jeti Langkawi. 

Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., merupakan satu-satunya feri yang beroperasi bagi laluan itu selepas operasi feri Dragon Star 1 digantung serta-merta susulan insiden kebakaran sebuah ferinya bulan lepas. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini