Sejak enam tahun lalu, Noorulhuda Mohamed Asli, 36, gigih membantu golongan kelainan upaya (OKU) dalam pengisian keagamaan dan spiritual. Ia bermula apabila anak jirannya yang menghidap selebral palsi meninggal dunia akibat demam panas ketika dia menyambut hari lahir yang ke-22. Selebral palsi adalah satu gangguan otot pada saraf sehingga mengganggu pergerakan mahupun postur badan penghidapnya. Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Grafik dari Universiti Lim Kok Wing itu, peristiwa tersebut…










