NKF anjur Hari Terbuka sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia - Utusan Malaysia

NKF anjur Hari Terbuka sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac-Bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 yang bertemakan Kidney Health for Everyone Everywhere, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bakal menganjurkan sam-butan Hari Buah Pinggang Sedunia di Pusat Sumber NKF Berjaya, Petaling Jaya, Selangor, 14 Mac ini.

Sambutan bermula pada pukul 8.30 pagi itu me-rangkumi tiga acara utama antaranya, tarian kecergasan oleh pakar tarian Bollywood, Kirenjit Singh bertujuan mengajak orang ramai beriadah secara sihat diikuti dengan ceramah yang mengupas dua topik penting tentang kesihatan buah pinggang iaitu pengenalan kepada batu karang dan ubat-ubatan.

Turut ditawarkan kepada pengunjung ujian saringan indeks jisim badan, tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta perkhidmatan kaunseling kesihatan percuma.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini