Nina sangkal jadi punca perceraian penolong pengarah - Utusan Malaysia

Nina sangkal jadi punca perceraian penolong pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Nina Iskandar menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai punca kepada perceraian seorang penolong pengarah dengan isterinya.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, berkata, tuduhan tersebut disifatkan sebagai satu bentuk fitnah yang bertujuan memburukkan namanya.

“Fitnah itu bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah memberi kesan kepada nama baik keluarga saya di Brunei.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga melihat tuduhan itu sebagai perkara serius yang bertujuan mengaibkan saya dan keluarga,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di The Royal Widad Residence di sini hari ini.

Nina turut hadir ditemani peguamnya, Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran selain mahu membersihkan nama baiknya daripada sebarang fitnah.

Nina turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pihak yang telibat dalam tempoh tujuh hari sehingga 27 Mac ini.

Baru-baru ini pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi didakwa kononnya menjalin hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah yang dikenali dengan nama Lan Lebah itu.

Spekulasi tersebut turut mengatakan Nina mula mengenali individu tersebut sewaktu menjalani penggambaran drama berkenaan.

Difahamkan penolong pengarah terbabit bercerai dengan isterinya pada bulan lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini