ALOR GAJAH 2 Mac – Sepasang pengantin orang kurang upaya (OKU) bisu dan pendengaran mengalami detik mendebarkan dalam majlis penikahan mereka apabila proses akad nikah dilakukan di hadapan jurunikah menggunakan bahasa isyarat. Pengantin lelaki, Mohd. Khairullah Ahmad Fuad, 33, selamat dinikahkan bersama pasangannya, Nurul Amira Zakaria, 30, oleh Jurunikah Masjid Ar Rahman, Kampung Rantau Panjang, Ustaz Sufree Majid sambil dibantu oleh Ustaz Mohd. Al-Rashir Abu Bakar dari Jabatan Agama Islam…










