KUALA LUMPUR – Usaha untuk meringankan beban kos hidup rakyat boleh dilaksanakan sebaik mungkin sekiranya semua pihak melaksanakan pendekatan bekerjasama di antara satu sama lain. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, beliau menyifatkan pendekatan sedemikian mampu menangani isu tersebut sekali gus membantu kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat di negara ini khususnya dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Merujuk penganjuran Program Pasar Jualan Jimat Harapan Rakyat di kawasan Perumahan Awam…










