New Zealand bertakafur pada Jumaat ini - Utusan Malaysia

New Zealand bertakafur pada Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 20 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa New Zealand akan bertafakur selama dua minit pada Jumaat ini sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch, minggu lalu.

Herald New Zealand melaporkan, beliau turut memberitahu bahawa azan juga akan berkumandang dan disiarkan di Radio NZ dan TVNZ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ardern berkata, pihaknya telah meluluskan penyerahan 30 mayat mangsa tragedi berdarah tersebut kepada keluarga masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau memahami kekecewaan keluarga mangsa yang masih menunggu untuk menjalankan upacara pengebumian saudara mara.

“Banyak proses, keadaan ini sangat berbeza. Saya mahu memikirkan perkara ini dan menambah baik,” ujarnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini