DUNGUN – Seorang nelayan, Abdullah Abdul Hamid berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 140 kilogram dan menjualnya dengan harga RM4,900 di Pasar Dungun pagi tadi. Lelaki berusia 51 tahun itu berkata, beliau bersama tiga lagi rakannya mengambil masa lebih setengah jam untuk menaikkan ikan tersebut ke atas bot dengan menggunakan mesin bot pukat tunda. “Rasa sangat teruja dan gembira apabila kami dapat menaikkan ikan kerapu gergasi ini kerana ini…










