Pengundurannya daripada terlibat dalam sebarang pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) kali ini merupakan keputusan secara sukarela. Kata Neelofa, selepas enam tahun, sudah tiba masa buat dirinya mengundurkan diri sementelah memberi fokus terhadap tugas pengacaraan secara total. Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia menjelaskan tidak logik untuknya menerima pencalonan terutama selepas beberapa reaksi yang kurang menyenangkan apabila sering mendominasi kemenangan pada anugerah tersebut. Disuakan pertanyaan tentang isu kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan aktor Sharnaaz Ahmad yang menjadi tanda tanya peminat, Neelofa mengharapkan orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya