ISLAMABAD 26 Mac – Mahkamah Tinggi Pakistan hari ini membenarkan ikat jamin sementara terhadap bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun atas alasan kesihatan.
Menurut laporan agensi berita Xinhua dan peguam Nawaz, beliau dibenarkan diikat jamin selama enam minggu.
Mahkamah menyatakan beliau perlu kembali ke penjara selepas enam minggu selain menambah Nawaz boleh membuat rayuan bagi mendapatkan ikat jamin tetap. – BERNAMA
Memuatkan artikel berkaitan…











