Nama Kogileswaran, Nazirul, Ariff, Ariusdius digugurkan - Utusan Malaysia

Nama Kogileswaran, Nazirul, Ariff, Ariusdius digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – R. Kogileswaran, Nazirul Afif Ibrahim, Ariff Ar-Rasyid Ariffin dan Ariusdius Jais merupakan empat pemain yang digugurkan oleh jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee bagi aksi kelayakan Kejohanan Piala AFC B-23 bermula esok.

Jelas Kim Swee, beliau terpaksa menggugurkan pemain Pahang, R. Kogileswaran atas sebab kecederaan manakala Nazirul dari Perak, Ariff (PKNS) dan Ariusdius (Sabah) atas alasan sudah mempunyai pemain lain yang lebih sesuai untuk mengisi posisi tertentu.

Sementara itu, jurulatih Filipina, Salvador Salvacion berkata, dia mula merasai ujian getir bakal dihadapi dalam kejohanan tersebut, namun optimis anak-anak buahnya akan memberikan aksi terbaik demi melayakkan diri ke pusingan final kejohanan di Bangkok, tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami gembira berada di sini dan akan memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini.

“Ada beberapa pemain baharu dalam kejohanan ini dan saya harap mereka akan membantu pasukan kami mendapatkan keputusan positif dalam kejohanan ini,” katanya.

Berikut merupakan senarai 23 pemain Malaysia B-23:

1) Muhammad Haziq Nadzli

2) Dominic Tan Jun Jin

3) Syamer Kutty Abba

4) Muhammad Akhyar Abdul Rashid

5) Muhammad Safawi Rasid (kapten)

6) Mohamad Hariz Kamarudin

7) Nik Akif Syahiran Nik Mat

8) Muhammad Danial Haqim Draman

9) Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni

10) Nik Azli Nik Alias

11) Damien Lim Chien Khai

12) R. Dinesh

13) Mohamad Faisal Abdul Halim

14) Muhamad Azri Ab Ghani

15) Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir

16) Muhammad Danial Amier Norhisham

17) Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew

18) Evan Wensley Wenceslaus

19) Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak

20) K. Thivandaran

21) Muhammad Amirul Ashraf Ariffin

22) Muhammad Izzan Syahmi Mustapa

23) Muhammad Syahmi Safari

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini