Mungkin selesai cara baik - Utusan Malaysia

Mungkin selesai cara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan pengedar bahan kimia industri Nylex (M) Bhd. (Nylex) sedang meneliti kemungkinan untuk menyelesaikan kes saman membabitkan kedua-kedua pihak secara baik.

Nylex menyaman UMMB atas dakwaan syarikat akhbar itu gagal membayar balik deposit berjumlah RM10 juta yang telah dirunding menurut surat ‘Pengiklanan, Penjenamaan & Latihan Komunikasi’ oleh Kumpulan Syarikat Nylex melalui Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bertarikh 29 Januari dan 27 Februari tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Nurfazreen Hazrina Rahim yang mewakili UMMB selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad

Memuatkan artikel berkaitan…

dengan dihadiri peguam Justin Wee bagi pihak Nylex.

Nurfazreen Hazrina ketika ditemui berkata, hari ini ditetapkan untuk keputusan bagi permohonan Nylex untuk mendapatkan perintah penghakiman terus terhadap UMMB ekoran dakwaan kegagalannya membayar balik deposit.

“Bagaimanapun, pihak-pihak memohon penangguhan dan ia dibenarkan oleh mahkamah bagi meneliti kemungkinan kes ini diselesaikan cara baik,” katanya.

Sehubungan itu, Hakim Nik Hasmat menetapkan 22 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya bagi pihak-pihak memaklumkan perkembangan jika terdapat penyelesaian.

UMMB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia sebelum ini mengesahkan, telah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan itu pada 4 September 2018.

UMMB kini berstatus syarikat Nota Amalan (PN17) dan berisiko dinyah senarai daripada Bursa Malaysia disebabkan kekangan kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini