MPK sita 4 kilang haram - Utusan Malaysia

MPK sita 4 kilang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 27 Mac – Empat buah kilang haram yang mengaut keuntungan jutaan ringgit tanpa satu sen pun membayar cukai kepada kerajaan disita dalam serbuan di kawasan Sungai Chandong, Pelabuhan Klang, di sini sebentar tadi.

Serbuan yang diketuai sendiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin disertai sekali Jabatan Perlesenan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasaan MPK.

“Sehingga pukul 12 tengah hari ini, lima kilang telah diperiksa dan empat daripada dikenakan tindakan sitaan kerana melakukan kesalahan tidak memiliki lesen sama ada mengilang, memproses atau menyimpan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya beri amaran kepada pemilik tanah supaya mereka bersihkan kawasan persekitaran. Sekiranya gagal berbuat demikian, kita akan membawa perkara ini kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk tindakan merampas,” ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua premis yang disita dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil 3, Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007 iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini