MPAJ anjur Larian Berhalangan Kanak-kanak sempena cuti sekolah - Utusan Malaysia

MPAJ anjur Larian Berhalangan Kanak-kanak sempena cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Ibu bapa dipelawa membawa anak-anak bagi menyertai acara Larian Berhalangan Kanak-kanak 2019 yang akan diadakan di Trek Basikal Tekas, Taman Bukit Indah, Ampang, 24 Mac ini.

MPAJ anjur Larian Berhalangan Kanak-kanak 2019 di Trek Basikal Tekas, Taman Bukit Indah, Ampang, 24 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Acara larian anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu bersempena musim cuti sekolah yang akan bermula pada 23 hingga 31 Mac depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, tujuh halangan perlu dilalui dalam acara yang dibahagikan kepada empat kategori itu.

“Antara halangannya adalah meniti batang pokok, merangkak melalui tayar, merangkak bawah jaring, halangan bertayar, ‘Spider Web’, merangkak melalui gelang dan berlari di denai buatan.

“Larian ini dipecahkan kepada empat kategori iaitu kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia enam hingga lapan tahun serta kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia sembilan hingga dua belas tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Peserta yang ingin menyertai hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30 bagi setiap kategori dan hadiah lumayan menanti para pemenang.

Selain acara larian kanak-kanak, MPAJ turut mengadakan Cabaran Ampang Jaya Duathlon 2019 iaitu acara larian sejauh tujuh kilometer (km) dan kayuhan basikal 20 km yang dibuka untuk penyertaan dewasa pada tarikh dan tempat yang sama.

Bagi acara itu, peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM60.

Maklumat lanjut, boleh menghubungi Muz di talian 012-669 1787 atau Munira, 013-634 2236 atau Haz di 019-221 4069. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini