KUALA LUMPUR 8 Mac – Kollektion Distribution Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Pensonic menganjurkan program Bangkit dan Bersinar bagi memberi pendedahan tentang kepentingan sarapan kepada orang ramai. Program yang dijalankan bersama Universiti Mahsa itu berlangsung di Kafe Pokok di sini bagi mendedahkan warga universiti itu tentang kepentingan sarapan sebelum memulakan pengajian. Pengurus Besar Kollektiontion, Andrew Chiam berkata, pendedahan itu penting kerana segelintir orang ramai terutama yang bekerja sering mengabaikan sarapan…










