HELSINKI – Seorang pengunjung telah merakam gambar seekor monyet betina jenis saki bermuka putih yang kelihatan bengis dan berbadan sasa di Zoo Korkeasaari dekat sini baru-baru ini. Santeri Oksanen, 34, tertarik melihat monyet itu atau nama saintifiknya, Pithecia pithecia yang kelihatan bengis ketika melindungi kawasannya dalam sebuah sangkar besar di zoo tersebut. “Saya sungguh terkejut melihat betapa besar otot pada badan monyet itu. Monyet-monyet lain dalam sangkar itu kelihatan kerdil…









