Monaco kecewakan Lille - Utusan Malaysia

Monaco kecewakan Lille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 16 Mac – Gol tunggal Carlos Vinicius ketika menewaskan Lille 1-0 membolehkan Monaco menjarakkan diri sembilan mata daripada playoff penyingkiran Ligue 1.

Pemain Brazil itu menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan sejak menyertai Monaco secara pinjaman daripada Napoli Januri lalu dan itu merupakan kekalahan kedua

yang dihadapi Lille di laman sendiri pada musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim sebelum ini membantu Monaco menjuarai Ligue 1 dua tahun lalu berkata pasukannya itu berjaya menjarakkan diri selepas melakar empat

kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak dia kembali ke Stade Louis II, Januari lalu.

“Kemenangan hari ini (semalam) menentang pasukan kedua terbaik dalam liga sangat penting. Kemenangan ini amat bermakna namun kami masih berada dalam situasi sukar,” kata

Jardim.

Lille kekal ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu, Paris Saint-Germain (PSG) yang akan menentang Marseille, esok.

Dalam satu lagi aksi Ligue 1 menyaksikan pemain gantian, Firmin Mubele berjaya mencuri satu mata berharga untuk Toulouse selepas menjaringkan gol penyamaan ketika

permainan berbaki seminit untuk mengikat Nice 1-1.

Kelab tercorot, Guingamp akan bertemu Dijon, hari ini manakala Caen menerima kunjungan Saint-Etienne manakala Angers menentang Amiens dan Strasbourg bertandang ke Nimes. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini