Mohon bantuan JKM tak perlu sokongan wakil rakyat - Utusan Malaysia

Mohon bantuan JKM tak perlu sokongan wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Bermula 1 Julai tahun lalu, para pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu mendapatkan tanda tangan daripada wakil rakyat.

HANNAH YEOH
HANNAH YEOH 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah mengeluarkan kolum tersebut kerana banyak aduan daripada para pemohon terutama golongan kurang upaya dan berkemampuan syarat tersebut menyukarkan mereka.

“Sebelum ini kita tidak tahu pemohon perlu cari ahli politik yang menang di kawasan tersebut. Ada rintihan dan aduan di beberapa tempat kalau tak sokong wakil rakyat itu maka pemohon tak dapat tanda tangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang semua kolum sedemikian kita telah keluarkan daripada borang permohonan, mereka tidak perlu lagi mencari wakil rakyat untuk memohon bantuan JKM,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut memberitahu, borang permohonan bantuan JKM turut dikurangkan daripada 10 kepada tiga muka surat sahaja.

“Begitu juga tempoh kelulusan untuk kes orang kurang upaya (OKU) fizikal misalnya, kalau pegawai JKM memeriksa mereka layak untuk mendapat bantuan.

“Kita boleh kurangkan daripada dua bulan kepada seminggu. Kes yang terang-terang perlukan bantuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini