FILEM All the President’s Men (1976) arahan Alan J. Pakula dan The Post (2017) arahan Steven Spielberg berlatarkan kewartawanan era 1970-an di akhbar The Washington Post. Kedua-dua filem ini perlu ditonton oleh sesiapa saja untuk memahami dunia kewartawanan antara etika, konspirasi dan sisi gelap yang tidak pernah didedahkan. Selain sisi estetika dan wacana sosiopolitik, kedua-dua filem ini menghubungkan saya dengan masa silam ketika mula menyertai Utusan Melayu 35 tahun lalu.…










