BERAKSI dengan penuh keberanian. Itu kesimpulan yang ditujukan kepada JDT selepas berakhir aksi sulung kejuaraan Liga Juara-juara Asia ketika menentang penyandang juara, Kashima Antlers dari Jepun beberapa hari lalu. Meskipun kalah 1-2 kepada Kashima Antlers, sebagai pendatang baharu, JDT telah membuktikan mereka memiliki kelas tersendiri ketika berdepan dengan anak-anak buah jurulatih dari Brazil, Zico ketika bertandang ke Jepun dengan suhu sejuk di bawah 9 darjah Celsius. Paling menggembirakan, ia membuka…










