Mei Kuan-Meng Yean wakil tunggal ke separuh akhir Terbuka India - Utusan Malaysia

Mei Kuan-Meng Yean wakil tunggal ke separuh akhir Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Daripada tiga wakil Malaysia, kini hanya tinggal beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir Terbuka India, hari ini.

Mei Kuan-Meng Yean mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Chayanit Chaladchalam-Phataimas Muenwong dari Thailand 21-14, 21-12 dalam tempoh 32 minit di stadium tertutup di New Delhi.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan kemenangan pertama dalam pertemuan sulung di antara mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menunggu beregu negara itu di separuh akhir adalah pilihan kedua, Jongkolphan Kititharakul-Tharawinda Prajongjai dari Thailand selepas menumbangkan wakil tuan rumah Aparna Balan-Sruthi KP 21-8, 21-11.

Sementara itu, perjalanan beregu wanita negara Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, yang juga pilihan keempat terkandas di suku akhir apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Della Destiara Haris-Tania Oktaviani Kusumah 21-16, 14-21, 12-21 dalam tempoh hampir sejam.

Satu lagi wakil negara yang terkandas, beregu lelaki juga pilihan ketujuh, Mohamad Arif Ab. Latif Arif-Nur Mohd. Azriyn Ayub Azriy selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama 18-21, 21-14, 17-21 dalam tempoh 44 minit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini