JOHOR BAHRU 6 Mac – Pengamal media di negeri ini diingatkan supaya sentiasa bertanggungjawab dan memikirkan kesan kepada masyarakat dalam setiap kali menulis berita, artikel atau memaparkan apa-apa jua visual kepada rakyat. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pengamal media tidak seharusnya terperangkap dengan gejala memapar dan menyiarkan maklumat yang diragui kesahihan dan kebenarannya atau menggunakan tajuk berita yang misleading dan tidak menggambarkan keseluruhan isi kandungan berita, hanya demi mendapatkan…










