McGregor umum kejutan bersara - Utusan Malaysia

McGregor umum kejutan bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor membuat keputusan mengejut apabila bertindak mengumumkan untuk meninggalkan sukan seni bela diri campuran (MMA) semalam.

McGregor, 30, membuat pengumuman tersebut menerusi kenyataan ringkas di akaun Twitternya semalam tanpa sebarang sebab sekali gus mengejut ribuan peminatnya.

“Saya mengambil keputusan untuk bersara dari sukan yang dahulunya dikenali sebagai ‘mixed martial art’ hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sekerja.

“Kini saya menyertai rakan-rakan lama yang telah bersara,” kata petinju dari Ireland itu.

Pengumuman persaraan yang dilakukan oleh McGregor sejurus dia ditahan di Florida kelmarin selepas bertindak menghempas telefon bimbit peminatnya di Miami.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama McGregor membuat keputusan untuk bersara apabila pada April 2016 dia pernah melakukannya. Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak UFC mahupun presidennya Dana White.

Sekiranya pengumuman mengenai persaraan tersebut benar, jaguh UFC itu mengekalkan rekod 21 kemenangan dan 4 kali tewas.

Kali terakhir McGregor bertarung ialah ketika menentang jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, namun kedua-dua mereka didenda oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC) susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229 di Las Vegas.

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini