MBPJ perkenal aplikasi terima aduan - Utusan Malaysia

MBPJ perkenal aplikasi terima aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Aplikasi eAduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini boleh dimuat turun oleh untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sebarang aduan beserta gambar dan lokasi kepada pihak berkuasa tempatan itu.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pelancaran aplikasi eAduan MBPJ merupakan alternatif kepada saluran aduan sedia ada yang dipertingkatkan menjadi lebih mesra pelanggan dan hoistik.

“Pengguna boleh menyalurkan setiap aduan melalui telefon pintar dengan menyertakan gambar dan lokasi aduan yang diintegrasi dengan fungsi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mana lokasi aduan dapat diketahui lebih tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aplikasi ini diharap dapat memudahkan tindakan susulan diambil oleh pihak MBPJ terhadap sebarang aduan,” katanya.

Tambahnya, aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di aplikasi Play Store manakala untuk sistem operasi iOS, aplikasi tersebut dijangka boleh dimuat turun pada bulan April ini.

“Melalui aplikasi ini pengguna hanya perlu mengikuti empat langkah mudah dalam menggunakan aplikasi ini dengan memilih atau meletakkan lokasi aduan, memilih jenis aduan, mengisi keterangan aduan atau memuat turun gambar dan seterusnya menghantar aduan tersebut kepada MBPJ,” katanya.

Katanya, pengguna juga boleh membuat bayaran dan semakan kompaun, semakan cukai taksiran dan lain-lain perkhidmatan dengan menekan pautan perkhidmatan online https://embpj.mbpj.gov.my di ruangan bar menu utama aplikasi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini