Mayat remaja lelaki lemas di Sungai Binjai ditemui terapung - Utusan Malaysia

Mayat remaja lelaki lemas di Sungai Binjai ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, di sini hari ini ditemui dalam keadaan terapung pada pukul 9.15 malam ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 7.20 malam bergegas ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, mangsa, Mohammad Firdaus Ismail dari Kampung Binjai di sini, ditemui ketika bomba meneruskan operasi dengan meninjau permukaan sungai berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, gerakan mencari dalam tempoh yang singkat dan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tunku Anis untuk bedah siasat. 

Menurut penduduk, mangsa bersama beberapa rakan berenang menyeberangi sungai berkenaan untuk pulang ke rumah selepas berjogging, bagaimanapun rakan-rakannya selamat ke seberang.

Mangsa adalah pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini