Mavcom selesai 99.6% aduan pengguna - Utusan Malaysia

Mavcom selesai 99.6% aduan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Meneruskan kadar kejayaan penyelesaian aduan yang tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyelesaikan dan menutup 99.6 peratus daripada aduan yang diterima pada Julai hingga Disember 2018.

Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Nungsari Ahmad Radhi berkata, Mavcom menerima sebanyak 821 aduan dari Julai hingga Disember 2018 peningkatan sebanyak 11.7 peratus.

Katanya, sebanyak 810 aduan terhadap syarikat penerbangan, 11 lagi terhadap lapangan terbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia Airlines mencatatkan sebanyak 413 aduan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 41.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Ia diikuti oleh AirAsia dengan 230 aduan, menandakan kenaikan sebanyak 36.1 peratus berbanding tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2017, manakala Malindo Air mencatatkan penurunan sebanyak 58.9 peratus dengan 69 aduan,” katanya dalam Laporan Pengguna Mavcom edisi kelima di sini hari ini.

Aduan kehilangan, kerosakan dan kelewatan bagasi, pemprosesan bayaran balik, dan penundaan penerbangan merupakan tiga kategori aduan yang tertinggi, secara kolektif, ketiga-tiga kategori ini menyumbang kepada 51.6 peratus daripada jumlah aduan yang diterima.

Aduan yang dikemukakan terhadap lapangan terbang berkurang sebanyak 21.4 peratus semasa tempoh laporan dengan aduan yang diterima terutamanya berkaitan dengan kemudahan lapangan terbang, keselamatan lapangan terbang dan bantuan khas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini