KUALA LUMPUR 20 Mac – Meneruskan kadar kejayaan penyelesaian aduan yang tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyelesaikan dan menutup 99.6 peratus daripada aduan yang diterima pada Julai hingga Disember 2018. Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Nungsari Ahmad Radhi berkata, Mavcom menerima sebanyak 821 aduan dari Julai hingga Disember 2018 peningkatan sebanyak 11.7 peratus. Katanya, sebanyak 810 aduan terhadap syarikat penerbangan, 11 lagi terhadap lapangan terbang. “Malaysia Airlines mencatatkan sebanyak 413 aduan yang…










