Maut selepas gagal memotong - Utusan Malaysia

Maut selepas gagal memotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang Penolong Pegawai Ladang Felda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 49, Jalan Gua Musang-Kelantan, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam, mangsa, Ahmad Noor Farhan Mohd. Noor, 32, yang beralamat di Felda Chiku 1 memandu kereta Honda Civic mengalami kecederaan parah akibat tersepit meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.

Manakala, pemandu SUV jenis Toyota Harrier, Arizan Ismail, 50, yang bekerja sebagai guru mengalami kecederaan ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pemandu kereta Honda Civic itu dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dipercayai akibat gagal memotong kenderaan lain di hadapannya, sebelum bertembung dengan sebuah SUV dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit dalam kenderaannya dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Bagaimanapun mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan  Chiku 3. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini