PARIT BUNTAR 2 Mac – Seorang remaja lelaki maut setelah dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang di Kampung Parit Abas, di sini hari ini. Mangsa, Mohamad Ridzuan Abdul Rani, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat dihempap pokok berkenaan ketika sedang menunggang motosikal di jalan tersebut. Pemangku Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Mohd. Azhar Azmuni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 1.04 petang.…










