Ma’ruf tidak dibuai hasil tinjauan pilpres - Utusan Malaysia

Ma’ruf tidak dibuai hasil tinjauan pilpres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Mac – Calon Naib Presiden Indonesia nombor satu, Ma’ruf Amin menegaskan bahawa beliau dan gandingannya, Joko Widodo tidak terkesan dengan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Lembaga Charta Politika biarpun mencatatkan keputusan yang bagus.

Kaji selidik itu menunjukkan peratusan untuk Jokowi dan Ma’ruf dipilih sebagai Presiden dan Naib Presiden dalam pilihan raya yang bakal berlangsung pada April ini sebanyak 18.2 peratus.

“Kebanyakan kaji selidik memang menunjukkan jumlah itu (hampir 20 peratus, ada juga angka yang rendah sedikit tapi tidak banyak beza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, pasukan kami tidak mahu dipengaruhi dengan keputusan kaji selidik itu kerana kami akan terus bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kali ini,” katanya seperti yang dipetik portal Republika, semalam.

Pengarah Eksekutif Charta Politika, Yunarto Wijaya memaklumkan bahawa, jumlah peratusan untuk kedua-dua calon pemimpin itu untuk dipilih adalah sebanyak 53.6 peratus berbanding gandingan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno iaitu sebanyak 35.4 peratus.

Dalam pada itu, Ma’ruf melahirkan kesedihan melihat situasi masyarakat dalam kempen pilihan raya yang giat berlangsung ketika ini.

Katanya, rakyat negara ini saling mengejek serta memfitnah antara satu sama lain bagi memastikan calon pilihan masing-ma­sing memenangi pilpres tahun ini.

“Kempen semakin tiba ke penghujung namun saya melihat masalah itu terus berlaku malah makin parah.

“Saya tidak mahu masyarakat seperti ini terus saling bertelagah yang tiada penghujungnya,” ujarnya.

Selain itu, Ma’ruf juga menegur umat Islam Indonesia yang kerap berbalah hanya kerana mempu­nyai pandangan berbeza dalam dunia politik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini