Mangsa diserang sindrom keresahan - Utusan Malaysia

Mangsa diserang sindrom keresahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 24 Mac – Dianggarkan hampir 90 peratus orang awam yang dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebelum ini menga­lami sindrom keresahan ke­rana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Pakar Psikologi Klinikal Mercy Malaysia, Dr. Azlina Roszy Mohd. Gaffar berkata, sindrom itu menyebabkan mereka yang mengalami masalah kesihatan sebelum ini menjadi lebih teruk setelah diserang rasa panik.

Katanya, seramai lima pakar dalam bidang psikososial dikerahkan ke pusat rawatan awal pagi baru-baru ini bagi membantu orang ramai yang mengalami sindrom tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan telah melakukan kerja pembersihan dan sebagainya, jadi kita jangka kes ini akan berkurangan tetapi yang menghairankan ia semakin bertambah Rabu lalu.

“Memang ada kes yang dirujuk benar-benar serius tapi jumlahnya adalah sedikit sangat berbanding mereka yang mengalami sindrom keresahan ini,” katanya ketika ditemui di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini baru-baru ini.

Azlina memberitahu, dalam keadaan cemas seperti itu membolehkan seseorang diserang panik dengan mudah apabila terdengar berita buruk di kawasan sekeliling serta tidak cukup tidur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini