SENTANI 27 Mac – Kesemua mangsa bencana banjir kilat dan tanah runtuh yang tidak dikenal pasti di Papua, disemadikan dalam satu liang lahad hari ini.
Angka kematian rasmi akibat bencana tersebut adalah 112 orang namun 90 lagi masih belum ditemukan.
Kira-kira 20 mangsa belum dikenal pasti dan diletakkan dalam keranda bernombor serta dikebumikan dalam satu liang lahad.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut pihak berkuasa, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa telah dihantar ke ibu pejabat polis.
“Sekiranya sesiapa membuat laporan berhubung kehilangan ahli keluarga, kami akan mengambil DNA mereka dan sekiranya padan, mayat tersebut akan digali semula dan dipulangkan kepada mereka,” kata ketua unit perubatan polis Papua, Ramon Amiman. – AFP











