Malindo Air tawar laluan Langkawi ke Phuket - Utusan Malaysia

Malindo Air tawar laluan Langkawi ke Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Malindo Air mengumumkan perkhidmatan baharu dari Langkawi ke Phuket yang akan bermula 26 Mac 2019 dan Johor Bahru ke Guangzhou pada 2 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pesawat ATR600-72 akan digunakan untuk penerbangan dari Langkawi ke Phuket pada setiap Selasa, Khamis dan Ahad.

Katanya, tempat duduk dijual pada tambang promosi bermula RM89 bagi perjalanan sehala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou ditawarkan pada tambang promosi sehala RM259 untuk Kelas Ekonomi dan dari RM699 bagi Kelas Perniagaan.

“Tempahan boleh dilakukan menerusi laman web Malindo Air websitewww.malindoair.com, pejabat jualan tiket, pusat pelanggan dan ejen pelancongan terpilih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini