KUALA LUMPUR 12 Mac – Malaysia hari ini turut serta dengan beberapa negara lain di seluruh dunia yang melarang pesawat penerbangan komersial Boeing 737 MAX 8 daripada memasuki ruang udara negara ini.
Menerusi kenyataan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAA) berkata, arahan larangan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga pemberitahun kelak.
“CAA menggantung mana-mana operasi MAX 8 sama ada yang dalam penerbangan ke Malaysia atau keluar dari negara ini berkuat kuasa serta-merta,” jelas kenyataan itu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











