IPOH 27 Mac – Selepas 28 edisi berlangsung, hajat Malaysia untuk merangkul kejuaraan hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama masih tidak kesampaian apabila gagal melangkah ke perlawanan akhir hari ini. Memulakan kempen dengan meyakinkan, namun anak-anak buah Roelant Oltmans akhirnya kandas awal selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan, sebentar tadi. Ini kekalahan kedua berturut-turut buat Malaysia selepas kecundang 2-4 kepada India semalam, sekali gus mengekalkan mereka di tangga…










