Malaysia di kedudukan 80 negara paling menggembirakan - Utusan Malaysia

Malaysia di kedudukan 80 negara paling menggembirakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ranking Malaysia sebagai sebuah negara yang menggembirakan jatuh ke kedudukan 80 dengan skor 5.339 mata berbanding kedudukan ke-35 yang dicapai pada tahun lalu, menurut World Happiness Report 2019.

Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-34 dengan 6.262 mata diikuti Thailand (ke-52; 6.008 mata) dan Filipina (ke-69; 5.631 mata).

Laporan tersebut digambarkan sebagai tinjauan mengenai kebahagiaan global yang mengelaskan 156 negara tentang kesenangan hati warganegaranya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan Kebahagiaan Dunia memfokuskan kebahagiaan dan komuniti, bagaimana kebahagiaan berkembang dalam tempoh beberapa tahun dengan tumpuan terhadap teknologi, norma sosial, konflik dan polisi kerajaan yang memacu perubahan berkenaan.

Negara paling tidak menggembirakan adalah Malawi pada kedudukan ke-150 (3.410 mata), Yaman (ke-151; 3.380 mata), Rwanda (ke-152; 3.334 mata), Tanzania (ke-153; 3.231 mata), Afghanistan (ke-154; 3.203 mata), Republik Afrika Tengah (ke-155; 3.083 mata) dan Sudan Selatan (ke-156; 2.853 mata). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini