KUALA LUMPUR 21 Mac – Ranking Malaysia sebagai sebuah negara yang menggembirakan jatuh ke kedudukan 80 dengan skor 5.339 mata berbanding kedudukan ke-35 yang dicapai pada tahun lalu, menurut World Happiness Report 2019. Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-34 dengan 6.262 mata diikuti Thailand (ke-52; 6.008 mata) dan Filipina (ke-69; 5.631 mata). Laporan tersebut digambarkan sebagai tinjauan mengenai kebahagiaan global yang mengelaskan 156 negara tentang kesenangan hati warganegaranya. Laporan Kebahagiaan Dunia memfokuskan kebahagiaan dan komuniti, bagaimana kebahagiaan berkembang dalam tempoh beberapa tahun dengan tumpuan terhadap teknologi, norma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya