KUALA LUMPUR 27 Mac – Ekonomi Malaysia berkembang dengan sederhana pada kadar 4.7 peratus pada tahun 2018 berbanding 5.9 peratus tahun sebelumnya. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun lalu berikutan banyak cabaran dari dalam dan luar negara yang dihadapi pada 2018. Katanya, perubahan besar yang berkaitan dengan dasar dan juga perkembangan politik, sebahagiannya disebabkan oleh ketegangan perdagangan global…










