Malaysia berhak layak - Utusan Malaysia

Malaysia berhak layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) China, Guus Hiddink percaya, Malaysia menunjukkan kualiti tinggi ketika mengikat pasukannya 2-2 di Stadium Shah Alam, semalam.

Katanya, kedua-dua pasukan menyajikan persembahan berintensiti tinggi, dan China bernasib baik berjaya meraih tiket ke pusi­ngan akhir di Bangkok selaku juara kumpulan.

GUUS HIDDINK
GUUS HIDDINK 

“Kita menyaksikan satu perlawanan berintensiti tinggi, kedua-dua pasukan mahu mencari kemenangan dan bukan seri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua pasukan juga menunjukkan permainan pantas, corak perlawanan me­nyerang. Ia cukup bagus melihat pemain muda beraksi seperti ini.

“Malaysia ada pemain yang berkemahiran tinggi dan sudah tentu ini aksi yang sukar buat kami, namun dua tandukan berjaya menyelamatkan ke­adaan dan saya bangga dengan pemain.

“Saya fikir kedua-dua pasukan layak ke pusi­ngan akhir dan perlawanan seimbang.

“Saya tidak kata begini (memuji Malaysia) kerana saya berada di sini ketika ini.

“Saya cakap kerana Malaysia memang mempunyai kualiti.

“Saya sebenarnya benar-benar berharap mereka dapat layak selaku empat naib juara terbaik kerana mereka berhak,” kata bekas jurulatih Belanda, Rusia, Korea Selatan, Australia, Real Madrid, Chelsea dan Real Betis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini