Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bukan untuk percepatkan kes Najib - Utusan Malaysia

Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bukan untuk percepatkan kes Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Mac – Penubuhan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) yang dicadangkan semalam bukan bertujuan mempercepatkan kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, cadangan berkenaan adalah untuk membolehkan hakim memberi tumpuan hanya kepada kes-kes melibatkan rasuah.

Tambah beliau, ini kerana kebanyakan kes melibatkan rasuah tidak dapat diselesaikan dengan segera berikutan masalah-masalah tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini satu manipulasi sahaja (dakwaan untuk mempercepatkan kes Najib).

“Kita dapat lihat banyak kes rasuah ini kadang-kala ada masalah kerana hakim-hakim perlu mendengar banyak kes lain, jadi kita mahu hakim yang hanya tumpukan kes rasuah sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan di dalam media sosial yang menyatakan penubuhan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) adalah bertujuan mempercepatkan proses pendakwaan kes rasuah terhadap Najib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini